Press "Enter" to skip to content

Tips Menjadi Youtuber 2019

Youtube satu platform yang sangat dikenali oleh seluruh masyarakat didunia tidak kira kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Platform ini boleh dikatakan sangat berguna untuk setiap orang untuk apa juga tujuan sama ada perniagaan, hiburan dan sebagainya.

Photo Source : www.freepik.com

Youtube adalah salah satu cabang dalam Google Corporation. Seperti yang kita tahu Google mempunyai banyak platform lain seperti servis Maps, Pengiklanan dan banyak lagi. Selain daripada digunakan untuk hiburan, Youtube juga berperanan sebagai media pengiklanan yang terbesar dan amat berkesan untuk pengkilanan perniagaan terutamanya.

Tapi tahukah anda, platform Youtube adalah salah satu platform yang dapat digunakan untuk menjana pendapatan ataupun untuk dijadikan sebagai pekerjaan kita? Pekerjaan yang boleh kita dapat daripada Youtube adalah sebagai seorang YOUTUBER Mari kami kongsikan.

Cartoon money. dollar stacked banknotes and golden coins Premium Vector
Photo Source : www.freepik.com

Ok, perkara utama dalam penulisan ini adalah mengenai Tips Youtuber 2019. Kami terpanggil untuk menulis artikel ini kerana kebelakangan ini semakin ramai yang mula berkecimpung dalam dunia Youtube. Tanpa cakap banyak lagi mari kita teruskan dengan Tips Youtuber 2019, bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Youtube dengan cara yang betul iaitu dengan menjadi seorang YOUTUBER.

Video concept illustration of young people using mobile gadgets, tablet pc and smartphone for live watching a video via internet. Premium Vector
Photo Source : www.freepik.com

Jika kita perasan kebelakangan ini semakin ramai Youtuber baharu terutama anak-anak muda dikalangan masyarakat. Mereka mula faham dan tahu mengenai peluang menjana pendapatan bersama Youtube, yang mana itu adalah sesuatu yang positif. Tahukah anda, Youtuber seluruh dunia menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit?

Hasil daripada Kajian dari semasa ke semasa, anggaran pendapatan seorang Youtuber adalah seperti ini:

1, 000, 000 (1 Juta) Tontonan (Views)

=

USD 1000 sehingga USD 7000

Youtube menggunakan Rangkaian Pengiklanan (Ads Network) iaitu Google Adsense untuk membolehkan Publisher (Youtuber) untuk menjana pendapatan. Bagaimana ia berfungsi?

  1. Advertiser (Orang yang bayar Iklan)
  2. Rangkaian pengiklanan (Ads Network Provider) seperti Google Adsense, Facebook dan sebagainya.
  3. Publisher (kita sebagai Penyiar iklan)

Senang cakap, kita bekerja untuk Rangkaian Pengiklanan (Ads Network Provider). Advertiser Bayar kepada > Ads Network, Ads Network Bayar kepada > Publisher untuk siarkan iklan. Publisher mendapat bayaran.

Sebelum itu, seseorang yang ingin mula menjana pendapatan melalui platform Youtube sebagai seorang Youtuber, anda mestilah mematuhi 4 syarat wajib ini untuk mendapat akaun Google Adsense:

  1. Mempunyai Channel sendiri menggunakan akaun emel sendiri.
  2. Wajib mempunyai 1000 Pelanggan (Subscribers)
  3. 4000 Jam jumlah Tontonan dalam masa Satu Tahun.
  4. Anda mesti menyelesaikan 3 Perkara di atas dalam tempoh Setahun.
Photo Source : www.freepik.com

Pihak Youtube mengenakan syarat ini adalah bertujuan supaya Youtuber baru lebih segar dengan idea-idea baharu, original, lebih kreatif. Jangan sesekali mencari jalan pintas untuk mendapat Subscriber dan cepat lulus akaun Google Adsense kerana itu semua merugikan.

Tips untuk menjadi youtuber yang baik adalah dengan fokus cara penyampaian video iaitu “Content” atau isi kandungan video yang dimuat naik. Perkara ini adalah amat penting untuk difahami jika tidak, video yang anda ‘upload‘ ke channel anda adalah sia-sia.

Seperti yang dikatakan 1 Juta tontontan utk satu video, Youtuber boleh mendapat USD1000 sehingga USD 7000 atau pun kurang kerana ia bergantung kepada content video itu sendiri.

Contohnya, terdapat 3 Jenis Video yang di muat naik, dan ketiga-tiga video itu mendapat jumlah tontonan yang sama iaitu 1 Juta Tontonan tetapi bayaran 3 video itu berbeza. Mengapa? Mari kita lihat.


Penerangan Video 1

  • Video 1 mendapat sejuta tontonan tetapi pendapatan dalam USD 1000 atau kurang kerana content video anda adalah jenis umum sebagai contoh video berkenaan dengan kompilasi lawak, video lawak, prank.
  • Sebabnya sepanjang video ini ditonton, iklan-iklan yang keluaratau terpapar adalah iklan yang tidak seiring atau tidak menepati citarasa penonton (Viewers) dan langsung tiada kena mengena dengan isi video.
  • Sebagai contoh, jika seseorang itu menonton video lawak, dia akan mahu lebih lagi video lawak untuk di tonton selepas menonton video tersebut. Jika iklan yang terpapar adalah iklan video-video lawak itu adalah tepat dengan citarasa. Tetapi jika iklan yang keluar tidak berkaitan dengan video seperti iklan produk elektronik, maka intereset penonton tidak menepati citarasa mereka seterusnya menyebabkan bayaran anda kurang untuk satu video itu.

Penerangan Video 2

  • Video 2 juga mendapat sejuta tontonan anggaran pendapatan USD 4500 atau lebih, bayaran yang agak tinggi.
  • Content atau isi kandungan video tersebut adalah Video Jenis Berkaitan (Relative), Video yang ada kena mengena dengan iklan yang muncul, terpapar sepanjang video ditonton.
  • Contoh Video anda mengenai Bola Sepak, dan iklan yang muncul adalah barangan sukan seperti kasut bola sepak, peralatan sukan yang berkaitan dengan bola sepak. Ini adalah seiring dengan minat penonton tersebut.
  • Jadi isi kandungan video seperti ini adalah lebih mahal.

Penerangan Video 3

  • Video 3 juga mendapat sejuta tontonan dan anggaran pendapatan USD 7000 atau lebih.
  • Video Jenis ini adalah jenis video Lead to Action adalah content video yang lebih mahal.
  • Jenis Video ini adalah video tentang Penerangan mengenai sesuatu produk atau servis dan sebagainya. Contohnya video tentang review Mobile apps, Mobile Gaming, PC Gaming.
  • sebagai contoh review mengenai sesuatu Servis, tempat makanan, makanan, Mobile Apps maka iklan-iklan yang muncul akan lebih relative kerana algortihm Keyword dalam video tersebut lebih tepat dengan content seperti ini.
  • Jika iklan yang muncul berkaitan dengan servis dan mobile apps, dan penonton klik untuk install mobile apps tersebut, bayaran akan lebih tinggi. Selain itu anda boleh juga membuat video mengenai review Smartphone Samsung, Apple dan sebagainya.

Jadi untuk menjadi seorang Youtuber, kita kena rajin dan mencari content yang original, tidak copy paste, tidak menggunakan isi-isi yang mempunyai copyright. Dan yang paling penting kena rajin membuat research serta teruskan niat secara berpanjangan bukan sekadar mengikut trend terkini.

hnlykci
hnlykci

View all posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *