Press "Enter" to skip to content

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggunakan Aplikasi K-App daripada Kondingau Delivery untuk berniaga di Keningau.

Zaman sekarang, aplikasi Whatsapp, Telegram, Messenger adalah aplikasi terbaik untuk berhubung malahan amat bagus dalam berniaga.

Jika anda berniaga seperti menjual makanan sama ada daripada rumah atau pun restoran, permintaan untuk servis penghantaran daripada pelanggan sentiasa akan ada. Ya, tidak dinafikan aplikasi seperti Whatsapp, Telegram, Messenger adalah terbaik untuk menerima pesanan daripada para pelanggan, Ini adalah cara yang konvensional dan akan menjadi sedikit sukar jika permintaan/pesanan semakin banyak.

Kondingau Food Delivery, servis penghantaran Lokal yang Pertama di Keningau ada mengeluarkan satu aplikasi serbaguna untuk para peniaga yang ingin meluaskan perniagaan mereka. Ia adalah Aplikasi Pesanan Online untuk semua perkara, makanan, barangan dan segala jenis jualan iaitu K-App.

Jika anda melakukan perniagaan kedai runcit, restoran dan anda mempunyai Aplikasi yang membolehkan para pelanggan memesan dengan mudah secara online, jualan anda akan terus meningkat hari ke hari mahupun bulan ke bulan. Kenapa? Mengapa?

5 SEBAB KENAPA / MENGAPA?

1. Pelanggan Baharu setiap hari

Percaya pada rezeki dan percayalah bahawa setiap orang akan sentiasa ingin mencari sesuatu yang baru sebagai contoh tempat makan dan makanan yang baru. Di Keningau mempunyai banyak tempat makan yang sedap dan tidak semua tempat itu para pelanggan sempat dan pernah datang untuk membeli. Dengan mempunyai aplikasi yang boleh memesan secara online dan servis penghantaran pelanggan akan mula mengenali perniagaan anda dan dapat merasai makanan jualan anda tanpa perlu datang ke tempat anda.

Kredit gambar : www.freepik.com

2. Memudahkan proses pesanan dan pembelian.

Segala senarai barangan seperti makanan, produk anda tersenarai pada aplikasi dengan teratur cantik dengan senarai harga serta caj penghantaran akhir sekali jumlah yang perlu dibayar pelanggan. Ini lebih mudah untuk anda kerana jika menggunakan kaedah konvensional seperti Whatsapp, Messenger atau Panggilan Telefon, ia akan sedikit sukar kerana banyak benda lain lagi yang anda perlu uruskan. Dengan aplikasi K-App pelanggan memesan secara online barangan/produk yang ada dalam senarai dan anda cuma perlu menunggu pesanan sampai melalui aplikasi merchant. Mudahkan?

Kredit gambar : www.freepik.com

3. Laporan Jualan dan Perniagaan yang teratur.

Semua laporan jualan yang diterima daripada pelanggan akan direkodkan pada panel ‘admin‘ yang boleh diakses secara online bila-bila masa oleh para peniaga. Anda akan dapat menganilisis jenis produk anda yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam sehari atau pun seminggu.

Contoh laporan harian dan bulanan untuk setiap jualan.

4. Modal Rendah.

Modal Serendah RM 199.00 sebulan untuk anda memulakan penggunaan aplikasi pada perniagaan anda, sama ada dengan sistem peratusan (%) atau pun bayaran bulanan. Sebulan jika di bahagikan kepada 30hari [ 199 / 30 = 6.63 ], jadi anda hanya akan berbelanja RM6.63 sehari untuk menjual barangan anda secara online melalui aplikasi K-App.

Kredit gambar : www.freepik.com

5. Menggunakan ‘RUNNER/RIDER‘ sendiri untuk proses penghantaran.

Aplikasi K-App tidak menyediakan RUNNER/RIDER untuk penghantaran pesanan produk jualan anda tetapi anda sendiri yang perlu mencari RUNNER/RIDER. Di Keningau mempunyai banyak servis RUNNER/RIDER persendirian yang boleh anda guna untuk proses penghantaran pesanan pelanggan anda. Jangan risau, anda boleh menetapkan caj penghantaran pada aplikasi mengikut jarak dan boleh membayar upah RUNNER/RIDER dengan caj penghantaran yang sudah ditetapkan oleh anda pada aplikasi K-App.

Kredit gambar : www.freepik.com

Jadi apa tunggu lagi, ini adalah peluang anda untuk meluaskan lagi perniagaan anda di seluruh Keningau. Perkhidmatan aplikasi ini bukan sahaja memperkenalkan perniagaan anda secara tidak langsung tetapi ia juga boleh meningkatkan jualan anda pada setiap hari.

Antara perniagaan yang menggunakan aplikasi K-App.

Berminat dan ingin cuba? Hubungi melalui emel admin@kondingau.com atau melalui Messenger Kondingau Delivery untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang!

hnlykci
hnlykci

View all posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *