Press "Enter" to skip to content

4 Tempat Makan bersama Keluarga di Keningau, Sabah.

Hello Kondingaurian,

Bila kali terakhir kamu makan bersama keluarga di luar? Kelmarin? Semalam? Minggu lalu? Bulan Lalu? Tahun Lalu?

Kerja itu penting untuk kita meneruskan hidup sebagai manusia tetapi jangan sampai ‘quality time’ bersama yang tersayang terkorban begitu sahaja.

Sesekali bawalah mereka keluar pergi makan angin atau bawa ke tempat makan yang sedap! Di Keningau, semakin banyak restoran-restoran yang mantap, makanan yang sedap serta murah lagi berbaloi.

Jom kita lihat senarai 5 tempat makan yang sedap lagi berbaloi di Bandar Keningau/Kondingau.

  1. Uncle Pepper

Founded atau diasaskan sejak tahun 2012 oleh orang Keningau Sendiri dimana makanan yang mereka sajikan adalah berasaskan Western Cuisine (Masakan Barat) dan masakan orielntal seperti :

1. Grilled Lamb Chop
2. Uncle Pepper Chicken Chop
3. Fish n Chips
4. Grilled Chicken Chop
5. Mixed Grilled

dan banyak lagi.

Restoran ini bermula dengan hanya pembukaan Gerai di kawasan Food Court di Keningau dan kini mereka sudah membuka di bangunan yang lebih luas dan selesa untuk para pelanggang mereka.

Oh ya! Tempat ini amat sesuai untuk kanak-kanak juga kerana mereka ada menyediakan Kids’ Menu serendah RM10.00 sahaja.

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor
Photo Kredit: Uncle Pepper FB Page

Uncle Pepper ada dalam senarai Kondingau Food Delivery jika anda perlu perkhidmatan penghantaran makanan :). Pesan makanan mereka dengan perkhidmatan Kondingau Food Delivery amat berbaloi, bukan sahaja menjimatkan masa malah wang anda! Go Local!

2. Kah Hiong Ngiu Chap Keningau

Mee Sup Daging yang terkenal di Malaysia (Sabah Famous Beef Noodles, Ngiu Chap).

‘Kah Hiong’ bermaksud Kampung Halaman(hometown) dalam bahasa Hakka sendiri manakala Ngiu Chap bermaksud, semua jenis Daging Lembu yang dicampur bersama (all sort of beef parts mixed together).

Sup daging lembu di sini sangat lazat kerana ia direbus selama berjam-jam dengan lobak putih Cina, yang menambah rasa istimewa kepada sup. Semua peminat mee daging lembu mesti datang untuk mencuba Kah Hiong Ngiu Chap sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu.

Amat sesuai datang berkunjung pada hujung minggu bersama keluarga jika teringin makan mee sup. Anda juga boleh pesan secara online menu mereka melalui Kondingau Food Delivery.

Image may contain: text and food
Photo Kredit: Kah Hiong Ngiu Chap Keningau FB Page.
Image may contain: food
Photo Kredit: Kah Hiong Ngiu Chap Keningau FB Page.

3. Warung Padang Jawa, Keningau Branch

Masakan berasaskan resepi Indonesia seperti Ayam Penyet, Keli Penyet, Sanggar Cheese, Sup Tulang dan beberapa lagi.

Sesuai juga untuk seisi keluarga yang mencari tempat makan yang santai, sedap dan berbaloi.

Beroperasi sejak 2009 dan mereka adalah restoran pertama menyajikan Ayam Penyet di Sabah!

Terdapat 6 cawangan kesemuanya di seluruh Sabah:


1.ALAMESRA
2.PUTATAN
3.SANDAKAN
4.KENINGAU
5.KK TIMES SQUARE
6.KIMANIS

Cawangan Keningau ini dibuka oleh ahli perniagaan yang berasal dari Keningau.

No photo description available.
Photo Kredit : Warung Padang Jawa Keningau FB Page
Image may contain: food
Photo Kredit : Warung Padang Jawa Keningau FB Page

Perlu Delivery? Pesan dengan Kondingau Food Delivery sekarang.

4. Honey Sweet Cafe & Rooftop Garden

No photo description available.
Photo Kredit : Honey Sweet Cafe & Rooftop Garden FB Page

Menyajikan menu masakan Barat (Western Cuisine) dan masakan lokal, tempat yang amat selesa dan sesuai untuk anda bersama keluarga serta anak-anak untuk makan malam.

Tempat yang bertemakan ‘Garden’ dan mempunyai aktiviti ‘Live Band’ dihujung minggu pastinya membuat anda berasa relax ketika menjamu selera.

Image may contain: food
Image may contain: food

Juga tersedia di Kondingau Food Delivery jika anda perlu Delivery Service!

Support Your Local

hnlykci
hnlykci

View all posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *